Love is the little things you do

Wednesday, February 15, 2012

Salam...

Terkejut mendengar berita suami seorang sahabat lama (Aziah Ali) telah meninggal dunia pada 14/2/2012 kerana terlibat dalam kemalangan di Cyberjaya
Hanya pernah nampak di laman maya saja sebab saya tak pernah menyertai reunion
Terkilan tak sempat mengenali arwah, namun saya percaya beliau seorang amat baik dan istimewa
Sahabat sangat tabah dan redha, saya kagum, adakah saya mampu untuk menjadi sehebat dia? :(
Muhasabah diri supaya menjadi insan yang lebih baik untuk suami dan anak2
Dunia hanya pinjaman, akhirat adalah selama-lamanya
Semoga Allah tempatkan aruah disisi orang2 yang beriman, Ameen
Semoga anak (Maya) sahabat cepat sembuh, Ameen
Semoga Allah kurniakan kekuatan kepada sahabat dan anak untuk meneruskan hidup, Ameen
Semoga Allah kurniakan sedikit kelembutan kepada sahabat saya dalam menentukan qada' dan qadar untuk hari yang mendatang, Ameen
Al-fatihah

No comments:

Post a Comment