Love is the little things you do

Tuesday, November 27, 2012

Darul Syifa'...

Pagi semalam mak ajak pergi Darul Syifa' Terengganu
Actually takde benda serius sangat
Cuma nak cuba perubatan alternatif Islam
Harap2 Adam dapat jadi anak yang sihat dan soleh
Adam antara ketiga2 adik beradik nie paling kecil
Walaupun berat lahir dia 3.65kg
Umur bulan depan dah lima tahun
Berat 15g lebih 1kg jer dari khalif umur hampir 3 tahun tu
Selalu mengamuk tak tentu pasal kuat menangis
Fizikal sihat Alhamdulillah, cuma ade sakit skt2
Sangat kurang makan risau tak cukup zat
Apa yang diperhatikan masa dirawat
Adam ok saja, tapi menurut ustazah biasa perangai budak2
Mesti selalu bacakan doa dan ayat2al quran
Assyifa' hanya boleh ikhtiar yang lain terpulang pada ibu bapa
Tambahan lagi,budak2 yang selalu jalan jauh merentas banyak negeri
Banyak gangguan dalam perjalananan,
tak kirala angin luar ataupun dalam kereta
masa kecik masih buleh dirawat kalau besar dah susah
Bekalan ubat: 2 botol air mineral yang telah dibacakan doa ayat2 suci alquran
Cara pengambilan: sebagai air minum dan buat mandian 3hari berturut2 selepas asar
Bayaran: rm5 (harga 2 botol air mineral bersaiz besar) yang lain tiada
cuma diluar premis disediakan tabung derma seikhlas hati
sempat beli buku doa dan kutip doa2 yang difotostat secara percuma
Alhamdulillah, InsyaAllah kalau jumpa link atau lokasi tempat  nnt try paste

Buku hijau di atas pun dijual, dalam ade himpunan doa2 mustajab ;)




No comments:

Post a Comment