MODE JIWANG ;P
13 tahun yang lepas menjelang malam tahun baru 2000
telah ditakdir sepasang remaja duduk bersebelahan di dalam sebuah bas USM
Bas ini telah dicarter oleh persatuan anak2 Terengganu untuk balik beraya
Detik 12 malam selepas mengucapkan Selamat Tahun Baru
Entah macamana isu couple terkeluar
Pemuda itu: Apa azam tahun baru awak?
Si Gadis: Saya nak cari pakwe baru
Pemuda itu: Dah ada ker?
Si Gadis: Takde...Senang2 awakla jadi pakwe saya?
Pemuda itu: Boleh...(gadis itu tergamam sebentar,otak ligat berfikir)
Si Gadis: Tapi janji awak takkan mainkan perasaan saya.
Pemuda itu: Ok janji tapi dengan satu syarat...
Si Gadis: Apa syaratnya?
Pemuda itu: Syaratnya awak mesti dengar cakap saya sampai bila2...
Si Gadis: Ok DEAL (walaupun perasaan dalam hati berkecamuk)
Sebenarnya ini kisah aku, dan pemuda itu adalah Hubby
Kami mula kenal di KMK,aku tau orang panggil dia POKNIK
Orangnya tinggi lampai, pendiam dan suka tersenyum
Pendek kata dia kelihatan sempurna di mata aku
Sudah suratan kami sama sambung belajar di kampus induk USM
Aku selalu terserempak dengan dia sewaktu balik dari surau sembahyang terawih
(Aku bukan baik sangat, tapi bulan puasa tu tergerak nak pergi terawih di surau Cahaya ;) )
Dia adalah di antara orang yang terakhir keluar surau dan aku pulak macam biasa orang yang terawal ;P
Mungkin juga kerana sebuah janji
Yang pastinya jodoh itu rahsia Tuhan
Semoga aku ngan Poknik kekal hingga ke Jannah, ameen...