Love is the little things you do

Sunday, December 2, 2012

Tips bercuti di Cameron Highlands

Tips ini sesuai untuk mereka yang datang bercuti bersama keluarga...(6+6 kids)
Tak sesuai untuk pasangan yang berbulan madu...

1. Sila pilih tarikh yang sesuai (masa cuti, weekends, peak seasons apartments mahal)
2. Sediakan makanan dari rumah untuk dinner + breakfast coz payah nak makan kat luar ngan kanak2, malam2 pule tu, sejuk bangat. (3 in 1 sangat penting) takpun tapau siap2.
3. Beli map yang rege 3 ringgit kat mana2 kedai untuk plan perjalanan.
4. Baju sejuk tak bawak pun takpe, tapi kalau sejuk sangat banyak dijual kat pasar malam Brinchang

So mula2 sampai kalau korang plan tido satu malam jer jangan terlepas pasar malam Brinchang, selain beli belah masa tu jugakla nak rasa udara sejuk Cameron yang susah nak jumpa waktu siang. Singgah di MARDI untuk beli eskrem strawberry yang halal lagi sedap. Jangan lupe beli strawberry segar, nak buat ape lagi, makanla celup coklat puas2. Kalau nak murah beli dalam kuantiti kilo kat pasar malam atau mana2 kebun. Bermalamla di mana2 apartment yang telah ditempah ikut budget masing2. Jika anda melalui Ipoh dan bermalam di Tanah rata cuba cek peta supaya anda tak payah naik turun dari Brinchang dan patah balik ke Tanah Rata. Buang masa plus sangat jem.

Mesti Pergi.
1. Big Red Strawberry Farm (macam2 ada)
2. Pasar Malam Brinchang
3. Ladang Teh Boh, mushroom soup sedap
4. Beli Eskrem Strawberry kat MARDI homemade ;P
yang lain optional cukupla tido sehari, nak tunggu budak2 bangun dan bersiap pun dah lambat, kete kena clamp lagi...lain kali pergi tempat lain pulak...sekian

1 comment: