Love is the little things you do

Wednesday, March 2, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah...

   Semalam lepas hantar Caliph rumah pengasuh, aku drive macam biasa kesekolah. Tiba2 dapat satu phone call dari cikgu Tadika Alya ngan Adam.
Teacher: Puan, ini saya cikgu Adam, saya call nie sebab nak bagitau anak puan bergaduh dalam kelas. Ada parent mengadu kat sekolah anak puan cakar muka anak dia. Dan hari ini budak tu pulak yang balas cakar muka anak puan. Saya tak tahula, anak puan sangat agresif.
Me: Adam macamana, ok tak dia, banyak sangat ke calar, ada darah tak.(me panic)
Teacher:Puan boleh datang sendiri kesekolah tengok keadaan anak puan, so far saya dah sapu krim kat muka Adam.
Tanpa buang masa aku terus belok ke Tadika Adam. Sampai2 jer cikgu panggil Adam. Aku tengok banyak sangat kesan cakar kat muka dia macam kena serang dengan kucing.
Me: Cikgu nie apa kes calar balar muka anak saya.
Before aku cakap banyak cikgu tu cakap
Teacher: Puan saya tak tau dah nak control anak puan, dia selalu bergaduh dalam kelas. hari nie ada parent datang komplen anak puan cakar muka anak dia. i tell u the truth, saya ada rotan cubit anak puan tapi tak beri kesan. children nowadays are so agresif. Saya ada jaga anak puan tapi things happen, saya baru jer berpaling terus diaorg gaduh.(mata cikgu yang bercerita pun macam nak berair)
Me: Cikgu, kalau setakat rotan2 cubit2 manja memang anak saya tak heran coz ayah dia rotan lagi sakit(bukan selalu), cikgu cubala pendekatan lain.tryla denda dia duduk kat satu sudut/bilik dalam 3 minit. kita tengok macamana nanti. Ha satu lagi, budak yang sama yang mak dia datang komplen yang cakar muka Adam kan. Siapa lagi besar, budak tu  ke anak saya.
Teacher: mestila budak tu puan, anak puan kecik jer. tapi dia boleh peluk leher budak tu sampai jatuh, duduk atas badan dia dan tumbuk.
Dalam hati, cikgu nie biar betul, xkanlah anak aku sampai macam tu. Dia baru 3 tahun 3 bulanla...
Me: Takpela, cikgu buatla apa yang patut, saya tak salahkan cikgu sepenuhnyer, tapi diaorang still budak2, kita kena pantau selalu.
Aku pun tinggalkan sekolah dengan berat hati, nak jer membebel byk skt tapi tgk muka cikgu tu pun kesian jugak...takpe, kalau kita memudahkan urusan orang Insya Allah Tuhan akan mudahkan urusan kita.