Love is the little things you do

Tuesday, June 25, 2013

Puasa

Dengan keadaan tak larat aku puasa jugak semalam
Ramadhan dah dekat, tak sampai dua minggu
Cuti berganti masih bersisa hishh kenapala aku tak ganti awal2
Hargai masa sihat sebelum masa sakit
Rasa nak melompat bila ada kawan bagitau sekolah cuti
Alhamdulillah Allah maha mendengar,
Puasa dan cuti, gandingan paling mantop
Tapi tengahari aku terpaksa gagahkan diri ambik anak2 di sekolah
Maklumlah cuti darurat jerebu sekolah ditutup serta merta
Nasib baik Caliph ade teman, comel jer tengok si kecik pakai face mask
Bangga pulak tengok orang lain pun pakai sama sambil tunjuk sana sini
Bestnyer jadi budak, apa yang perlu fikir main, main dan main saja

Sabar

Seminggu dua nie aku memang rasa tak sihat
Bibir terasa kering macam nak demam
Pening dan hilang selera makan
Balik kerja siap makanan, solat dan terus landing atas katil
Nasib baik anak-anak dah besar, pandai2la Si Kacak urus
Tapi kalau hari-hari macamnie mana tahan kan
Yang bestnyer Si Kacak sabar melayan
Dia yang buat susu anak, dia cuci pinggan, dia lipat kain
Kerja rumah lain banyak terbengkalai, kerja sekolah apetah lagi
Biasa aku tak pernah tolak kalau Si Kacak ajak shopping
Ntah hantu mana yang merasuk semalam aku tolak
Pergila Si Kacak AEON sorang2 beli barang
Hmmmm...

Si Kacak

Hari nie hari Rabu, hari cuti sempena jerebu
IPU Manjung dah mencecah tahap bahaya 301 semalam
Anak-anak semua cuti, pengasuh pun dapat cuti eheh
Pagi-pagi dah kuar beli breakfast sebelum ada yang menjerit lapar
Hubby bangun sangat awal sebab dia ada mesyuarat di KL
Aku terkejut bila dengan bunyi alarm, dalam diam aku tengok hubby bersiap
Dia bangun, gosok baju sendiri, mandi, bersiap
Bau perfume menusuk hidung aku yang buat-buat mamai
Hubby memang hensem, pembersih dan sangat besederhana
(pada pandangan mata akula, tapi harap orang lain tak perasan, kalau tak abis)
Oleh yang demikian, dengan rasminya hari ini aku nak tukar nama Hubby dalam blog
kepada SI KACAK (Ponice) jika perlu ;)


Tuesday, February 26, 2013

Rupa ibu...

Terbangun dari tido terkejut tengok anak yang sulung tengah tenung muka
Me : Kenapa kakak tengok ibu macam tu?
Alya : Ustazah cakap kalau nak tengok muka ibu bila mati tengokla masa ibu tidur
Me : Kenapa kakak nak tengok ibu mati ker?
Alya : Bukan, ustazah kata kita kena selalu ingat masa ibu kita hidup sebab suatu hari nanti ibu akan mati juga.
Sentap mak, alahai anak bisa sungguh mulut ustazah mu itu...
Me : Ustazah cakap kat Alya seorang jer ker gitu, perli ibu ekkk?
Alya : Tak ustazah cakap kat semua orang.
Me : Bukan untuk ibu jer ker, Alhamdulillah...
Ada anak yang membesar nie banyak cabaran, kalau kita tak mampu didik bagi jer kat orang lain,
Eh boleh ker macam tu? ;) Hantar sekolah agama pada waktu petang seawal darjah satu option terbaik
Ada yang cakap anak kecik lagila, pagi sekolah petang sekolah, tapi so far Alya ok
Dan bersediala untuk mendengar tazkirah terkini dari ustazah cilik secara terus dari sekolah agama ;)))))

Tak sesuai ok...

Banyak sangat orang sekarang ada krisis identiti
yang paling tak sesuai ibu2 yang masih pakai macam anak dara
tak sesuai ok, anak2 dara sekarang pun dah pandai tutup aurat
nak tak nak terima trend terkini adalah menutup aurat
bila tengok ada yang pakai jeans ngan t shirt lengan pendek
tambah lagi tidak bertudung walaupun status ibu jadi kesian
aku pun bukan baik sangat, pernah lalui zaman jahiliah
berjeans, berbaby t, badan kecik tapi baju sendat hihihi
kalau sekarang sendat bukan apa tapi sebab gemuk
walaupun apa yang kita pakai orang tetap pandang kita seorang ibu dan isteri
kawan pandang, jiran pandang, cikgu anak2 pandang, anak apatah lagi
jadi berpakaian sopan dan mengikut syariat adalah lebih baik dan manis
anak2 pun takdela miss concept, aik ustazah ajar lain ibu buat lain
sebenarnya peringatan ini adalah tak lain tak bukan untuk aku sendiri
sekarang faham apa hikmah hubby suruh jadi seorang guru
persekitaran pendidikan sangat kondusif untuk jadi muslimah yang sejati
terkadang lupa tapi ramai yang tolong ingatkan, Alhamdulillah...
Masih tercari2 identiti yang sebenar? Begitu juga saya...Selamat beramal ;)


Monday, February 18, 2013

Late for school... ;P

Hari nie Alya lewat
Sebenarnya hari-hari Alya lewat
Alya pernah nangis taknak pegi sekolah sebab lewat
Tapi sekarang Alya dah tak nangis walaupun lewat
Alya tak bangun tido lewat
Dia pun tak tidur lewat
Tapi kenapa dia selalu lewat
Mungkin...rutin pagi yang buat Alya lewat
Mandi lewat, pakai baju lewat, makan lewat
kalau ayah dia berak lagi lewat
lewat, lewat, takpe...Alya mesti semangat pergi sekolah walaupun lewat!!!

Sekolah nie pun satu, elok elok dah kerajaan tetapkan kelas mula jam 7 40a.m
Nak jugak buat perhimpunan, masuk sebelum 7 20a.m tu
Ada cikgu garang, ada cikgu tak garang, ada jugak cikgu tak berapa nak garang
Tapi ugutan yang latest Alya terima
"Senang2 awak pindah jer sekolah dekat ngan rumah awak SK Seri Manjung barula tak lewat!", kata cikgu
Sebenarnya ada 2 orang budak lagi dari kawasan rumah berhampiran yang jugak lewat ;)
"Cikgu kalau anak saya pindah sekolah sebelah rumah boleh jamin ker anak saya tak lewat?",kata saya ;P

Sunday, February 17, 2013

sebelum dan selepas...

teringat kat satu cerita
sebelum kahwin kalau awek tersepak batu, batu dimarahnyer
tapi selepas kahwin kalau isteri tersepak batu, "awak nie takde mate ker?"
bunyi lawak tapi pada siapa yang kena mesti menitik juga airmata
semalam dok jalan2 kedai perabot terserempak ngan satu couple nie husband and wife
oleh kerana pintu kedai perabot itu kaca,automatik pulak tu terjadila suatu xcident
kami bertembung di pintu kuar masuk
pasangan yg bwk sorg anak kecik cuba untuk masuk
secara tidak sengaja pintu kaca itu tertutup
tangan si isteri terkepit, kuat jugak aku rasa sebab terdengar suara mengaduh kecil
si suami pulak yang dah berjaya masuk berpaling dengan muka marah
nampak sangat macam dia nak kata "apehalla awak nie bodoh sangat?"
adegan seterusnya malas dah nak tengok,sebab...
isk berat mata memandang berat lagi yang memikul