Love is the little things you do

Wednesday, July 25, 2012

Overdraf aka OD


Maybe entry kali nie berat sikit, just nak story sikit pasal OD. Sangat bagus untuk orang yang ade sejumlah duit terutamanya yang baru dapat tunggakan KWSP, ingin simpanan tetap ASB disamping membuat pelaburan tanpa jejaskan dividen.

OD atau Over Draft adalah satu perkhidmatan dari pihak bank. OD merupakan pinjaman bercagar dari bank. Untuk mendapatkan OD, pemohon hendak mencagarkan tanah, rumah, sijil Fix Deposit, sijil ASB atau Sijil ASW. Wang yang boleh digunakan atau credit limit dari OD ialah sebanyak 90% - 95% dari nilai cagaran, tertakluk kepada bank-bank yang berkenaan.

Fugsi-fungsi OD:
- gunakan credit OD, tanpa menjejaskan wang cagaran
- pinjaman 90% - 95% dari nilai cagaran
- faedah keatas baki pinjaman
- bayaran bulanan keatas faedah harian
- boleh bayar faedah sahaja
- tiada had pembayaran balik

Bank-bank yang menawarkan OD:
- Maybank - 90% pinjaman dengan faedah BLR-0 (5.55%)
- RHBank - 95% pinjaman dengan faedah BLR-1 (5.55-1 = 4.55%)
- CIMBank - 90% pinjaman dengan faedah BLR-2 (5.55-2 = 3.55%)

OD sangat popular kepada kaum Cina khususnya peniaga dan usahawan. Dengan pembiayaan dari OD, mereka dapat mengembangkan perniagaan atau projek mereka. Kebiasaannya mereka menggunakan sijil Fix Deposit sebagai cagaran.

Bagi masyarakat Bumiputra sijil ASB /sijil ASW dijadikan sebagai cagaran. Ramai juga yang menggunakan wang OD untuk perniagaan atau projek mereka dan ramai juga yang menggunakan wang OD untuk dilaburkan dalam ASB / ASW semula.

Samada wang OD digunakan untuk perniagaan, projek atau dilabur dalam ASB / ASW, ianya memang menguntungkan. Mengapa tidak, faedah pinjaman 5.55%, manakala dividen ASB pula 8.55%, untung 3% dengan menggunakan wang bank.

Blog macam diary ;)

Baru belajar berblogging
Ada cakap bagus tulis blog dari update fb
Update status belum tentu ade yang suke
Yela appear kat wall ntah sape2

Blog ini beta yang punye hehehe
Orang tak suke pun takpe
Yang penting jangan berani masuk jajahan beta
Kalau suke baca jer, kongsi ape yang kite rasa

Tak sangka orang tu bace blog kite
Balik umah ulang ape yang kite kate
Hehehe ade jugak yang dia terase
Takpe...bace bace bace ler ;P

Tuesday, July 24, 2012

Alya tertinggal van...

Sebenarnya malas nak buat entri nie
Sebab bila teringat balik hati jadi risau
Alhamdulillah Alya tak apa2
Pengajaran yang amat berguna

Selasa lepas Alya tertinggal van
Van yang sama pernah tinggalkan anak kawan
Tak tau nak cakap apa
Driver dia memang careless atau memang tu perkara biasa

Biasa? Yuran bayar bulan2 tu untuk apa
Bukan nak pastikan anak selamat sampai rumah ke
Sayang sangat ke kredit nak call tanya
Alasan:ingat Alya tak datang sekolah:P

Bengang pun ada
Tapi still cari silap sendiri
Mungkin ada terleka di mana2
Tapi...ingatla, anak harta paling berharga di dunia

Nasib Alya baik
Ada pakcik tanya masa dia nangis depan sekolah
Mujurla telah prepare list nombor telefon kat dia
Satu letak pada kad, satu saya tulis pakai liquid paper dalam beg

Pesanan ibu untuk Alya:
1. Tunggu van dalam kawasan pagar sekolah
2. Letak beg duduk dengan geng bas sekolah
3. Nak pergi toilet pesan dengan kawan inform makcik van
4. Sentiasa alert! (sian dia baru darjah satu)

Kalau tertinggal Van:
1. Duduk dalam pagar sekolah
2. Jangan nangis, ingat pada tuhan
3. Ambil kad list nombor telefon beri pada guard
4. Bagitau apa jadi dan suruh guard telefon sesiapa saja dlm list terutamanya ibu dan ayah
5. Tunggu di pondok guard sampai bantuan tiba
6. Jangan ikut sesiapapun yang tak dikenali walau apapun alasan
7. Ibu doakan Alya selamat sampai ke Taska
8. Ibu sayang Alya



Monday, July 23, 2012

Hubby dapat gadget baru ;)

Gadget baru untuk Birthday guy
Walaupun dah lepas tapi masih bulan yang sama
Hubby selalu tolak kalo nak belikan ape2
Last2 malas cakap banyak lalu booth samsung kt Tesco
Ape lagi, gores dan menangla...;)

Konon macam x kesah
Balik rumah try punyer try sim card tak detect
Mcm2 dh cuba, siap study manual
Apakan daya terpaksa juga pegi KL tanpa HP baru tu
Hehehe balik ari tu

Semangat baru, gadget baru
Malam tak pegi surau nanti Tesco tutup ;)
Alhamdulillah dapat juga terawih sama2 kat umah
Itupun HP punye pasal ;) lagi
Mesti hubby marah baca entry nie

Rupa2nya simcard yang prob bukan HP
Nasib sana ade booth Celcom
Tapi tak boleh settle jugak offline
Nampak gaya malam nie Tesco lagila jawabnyer
;) ;) ;) ;) ;)





Saturday, July 21, 2012

BeautyUmaira...

Try a new product
Hope doesn't feel tired anymore
Need to gain more energy
Specially for my beloved family

Tau tak ape jadi...
First day ambik product...(yesterday)
Sangat mengantuk di dalam kelas...
Hahaha siap tersengguk lagi...
Sangat malu kat student... ;)

Second day (today)
Puasa, tapi rasa ok...
Takleh nak puji awal coz arini kan weekend
Tunggu weekdays pulak
CHEERS!!!


Monday, July 16, 2012

Sangat

Sangat tension...
Bila nak buat sesuatu perkara terpaksa harapkan orang lain
Sebenarnya memang nak sangat sambung belajar
Tapi bila keinginan tu ada banyak kekangan sangat sedih
Borang tersangkut di JPN, due date sangat dekat
Untuk pergi sana sangat perlukan orang lain
Nak harap hubby dia sangat sibuk
Sudah lama tak drive jauh sendiri
Masa sangat terhad, weekend ofis cuti
Nak harap pengasuh jaga anak diluar masa kerja sangat susah
Rasa sangat-sangat tak berdaya...
Kenapakah saya sangat tidak bersyukur?...Astaghfirullah...



Simpton Kemurungan...

Ini antara tanda-tanda biasa kemurungan:
  • Rasa tak berdaya dan putus asa. Rasa seperti tidak ada yang boleh dilakukan untuk memperbaiki situasi.
  • Hilang minat dalam kegiatan seharian. Tidak tertarik pada hobi, hiburan, kegiatan sosial, atau seks. Tak mampu rasa gembira dan senang hati dengan kegiatan itu.
  • Perubahan pada selera makan atau berat badan.
  • Gangguan tidur. Mungkin insomnia, iaitu tak boleh tidur ataupun terlebih tidur, iaitu hipersomnia.
  • Mudah marah atau gelisah. Tahap toleransi jadi rendah, hampir semua orang akan terkena tempias kepada sifat itu.
  • Hilang tenaga. Rasa letih dan lesu. Badan terasa tidak cergas sehingga memerlukan masa yang lebih lama untuk menyelesaikan sesuatu kerja.
  • Membenci diri. Rasa tidak berharga dan bersalah. Mudah mengkritik diri sendiri.
  • Mengalami masalah konsentrasi. Masalah fokus, membuat keputusan, atau daya ingatan.
  • Sakit pada anggota fizikal tanpa diduga. Sering sakit kepala, punggung, otot, dan perut. 
  • 1,5,6,8+9 tu macam dah ade... :(

Mood Penat...

Semalam tertidur awal
Rasa sangat penat
Nak bukak mata pun tak boleh
Silap juga, cuti bukan nak rehat
Dok merewang saje
Pergi jumpa dentist, buat appointment baru
Beli kain untuk raya, kawan ajak pergi kedai emas
Sampaikan phone pun tak terangkat (sian Alya)
Memang teruk kan...isk isk
Kenapala jadi macam nie...
Bila dia tegur, paksa diri utk bangun
dptla jugak lipat kain skt
Tapi mata masih mengantuk
Penat...zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Monday, July 9, 2012

Hadiah harijadi kami...

Susah betul birthday selang seminggu nie
Hubby : U nak ape? (bukan panggilan sebenar ;))
Me  : U plak nak ape?
Hubby : U la ckp dulu nak ape?
Me : Bagi jela ape2
Hubby : Ape3?
Me : Ape2
Macam tula jadi nyer, sampai sekarang present still postponed,
tp celebratenyer sudah ;P

Gigi oh gigi...

Bulan 3 aritu tampal gigi
tak sampai sebulan tertanggal lagi
Nak pergi balik tak terpegi2
Duit abis pastu takde warranty

Bulan lepas jumpa lagi doktor gigi
Mintak cabut gigi yang satu nie
Cucuk2 sakitnye gusi
Ingat dah settle 2 hari ade lagi

Ape ntah nak jadi
Kena jugak pergi lagi
Masa mane nak cari
Tak boleh ker buat kerja dengan hati

p/s buat doktor gigi yang tak berapa nak jadi, 2 klinik gigi yang berlainan, hasilnya HAMPEH!!!

 

Sunday, July 8, 2012

APC 2011

Bos pernah berkata
Siapa yang nak dapat APC mesti buat kerja diluar bidang tugas
MMhhh...susah tu...tak pernah terfikir nak buat macam tuu
Kerja hanya bermula dari jam 12.40-6.40p.m
Tak pernah datang awal dan balik lewat
Datang lewat balik awal adalah...hehehe
Cuti sekolah mesti balik kampung
Hujung tahun pulak balik Sabah
Adakah layak orang macam nie dapat APC
Ntahla, guru biasa, kerja biasa, pendek kata biasa2 saja
Apepun rezeki dari Tuhan dan bukan dari manusia...Alhamdulillah ;)

p/s Semoga tahun ini dapat rezeki yang lebih, HLP ker? mana taukan... AMEEN