Love is the little things you do

Tuesday, February 26, 2013

Rupa ibu...

Terbangun dari tido terkejut tengok anak yang sulung tengah tenung muka
Me : Kenapa kakak tengok ibu macam tu?
Alya : Ustazah cakap kalau nak tengok muka ibu bila mati tengokla masa ibu tidur
Me : Kenapa kakak nak tengok ibu mati ker?
Alya : Bukan, ustazah kata kita kena selalu ingat masa ibu kita hidup sebab suatu hari nanti ibu akan mati juga.
Sentap mak, alahai anak bisa sungguh mulut ustazah mu itu...
Me : Ustazah cakap kat Alya seorang jer ker gitu, perli ibu ekkk?
Alya : Tak ustazah cakap kat semua orang.
Me : Bukan untuk ibu jer ker, Alhamdulillah...
Ada anak yang membesar nie banyak cabaran, kalau kita tak mampu didik bagi jer kat orang lain,
Eh boleh ker macam tu? ;) Hantar sekolah agama pada waktu petang seawal darjah satu option terbaik
Ada yang cakap anak kecik lagila, pagi sekolah petang sekolah, tapi so far Alya ok
Dan bersediala untuk mendengar tazkirah terkini dari ustazah cilik secara terus dari sekolah agama ;)))))

Tak sesuai ok...

Banyak sangat orang sekarang ada krisis identiti
yang paling tak sesuai ibu2 yang masih pakai macam anak dara
tak sesuai ok, anak2 dara sekarang pun dah pandai tutup aurat
nak tak nak terima trend terkini adalah menutup aurat
bila tengok ada yang pakai jeans ngan t shirt lengan pendek
tambah lagi tidak bertudung walaupun status ibu jadi kesian
aku pun bukan baik sangat, pernah lalui zaman jahiliah
berjeans, berbaby t, badan kecik tapi baju sendat hihihi
kalau sekarang sendat bukan apa tapi sebab gemuk
walaupun apa yang kita pakai orang tetap pandang kita seorang ibu dan isteri
kawan pandang, jiran pandang, cikgu anak2 pandang, anak apatah lagi
jadi berpakaian sopan dan mengikut syariat adalah lebih baik dan manis
anak2 pun takdela miss concept, aik ustazah ajar lain ibu buat lain
sebenarnya peringatan ini adalah tak lain tak bukan untuk aku sendiri
sekarang faham apa hikmah hubby suruh jadi seorang guru
persekitaran pendidikan sangat kondusif untuk jadi muslimah yang sejati
terkadang lupa tapi ramai yang tolong ingatkan, Alhamdulillah...
Masih tercari2 identiti yang sebenar? Begitu juga saya...Selamat beramal ;)


Monday, February 18, 2013

Late for school... ;P

Hari nie Alya lewat
Sebenarnya hari-hari Alya lewat
Alya pernah nangis taknak pegi sekolah sebab lewat
Tapi sekarang Alya dah tak nangis walaupun lewat
Alya tak bangun tido lewat
Dia pun tak tidur lewat
Tapi kenapa dia selalu lewat
Mungkin...rutin pagi yang buat Alya lewat
Mandi lewat, pakai baju lewat, makan lewat
kalau ayah dia berak lagi lewat
lewat, lewat, takpe...Alya mesti semangat pergi sekolah walaupun lewat!!!

Sekolah nie pun satu, elok elok dah kerajaan tetapkan kelas mula jam 7 40a.m
Nak jugak buat perhimpunan, masuk sebelum 7 20a.m tu
Ada cikgu garang, ada cikgu tak garang, ada jugak cikgu tak berapa nak garang
Tapi ugutan yang latest Alya terima
"Senang2 awak pindah jer sekolah dekat ngan rumah awak SK Seri Manjung barula tak lewat!", kata cikgu
Sebenarnya ada 2 orang budak lagi dari kawasan rumah berhampiran yang jugak lewat ;)
"Cikgu kalau anak saya pindah sekolah sebelah rumah boleh jamin ker anak saya tak lewat?",kata saya ;P

Sunday, February 17, 2013

sebelum dan selepas...

teringat kat satu cerita
sebelum kahwin kalau awek tersepak batu, batu dimarahnyer
tapi selepas kahwin kalau isteri tersepak batu, "awak nie takde mate ker?"
bunyi lawak tapi pada siapa yang kena mesti menitik juga airmata
semalam dok jalan2 kedai perabot terserempak ngan satu couple nie husband and wife
oleh kerana pintu kedai perabot itu kaca,automatik pulak tu terjadila suatu xcident
kami bertembung di pintu kuar masuk
pasangan yg bwk sorg anak kecik cuba untuk masuk
secara tidak sengaja pintu kaca itu tertutup
tangan si isteri terkepit, kuat jugak aku rasa sebab terdengar suara mengaduh kecil
si suami pulak yang dah berjaya masuk berpaling dengan muka marah
nampak sangat macam dia nak kata "apehalla awak nie bodoh sangat?"
adegan seterusnya malas dah nak tengok,sebab...
isk berat mata memandang berat lagi yang memikul

Thursday, February 14, 2013

Tips membeli coklat di Langkawi

Tetiba teringat pulak kat coklat Langkawi
Banyak giler borong aritu tapi tak sampai sebulan dah habis
Pada sesiapa yang fanatik sangat coklat nie aku ade tips nak bagi
Sebab pada hari yang sama aku ngan mak mertua shopping coklat value hampir sama
tapi ntah macamana timbangan coklat aku lebih berat, ngehngehngeh
1. beli coklat yang betul2 best and imported
2. window shopping dulu 2 3 kedai,x pyhla borong coklat dlm satu kedai jer
3. beli dlm kuantiti yg banyak contoh kalau beli 1 daim harga rm14,kalau beli tiga harga rm11.50 satu,jgn segn2 share bakul ngn sedara mara
4. biasanya kita akan ingat beli dalam saiz yang besar itu lebih murah tapi sebenarnya tak.contoh tobbeleronce (tul ke eja nie?) biasanya beli dalam peket kembar tiga saiz sederhana  lebih untung dari beli satu pek besar,kalau anda lemah maths bahagi saja dengan 10g dan compare
Aku bukan jenis yang teliti tapi kalau pasal coklat... ;p


kembali bernyawa...

Ntah ape2 entry aku yg last aritu
Actually aku jual android kat member
Kebetulan gambar2 tu tak sempat transfer so aku masuk jerla dlm blog
Susah betul kalau takleh cucuk mana2 nie
Dekat sebulan lebih tak update,byk sgt perkara yang menyesakkan minda
Harap sangat2 segala2nya akan ok
Tak dapat jadi macam dulu pun takpe
Asalkan dapat berubah menjadi yang lebih baik pun sudah cukup
Semoga orang2 yang aku sayang berada dibawah lindungan Allah selalu