Love is the little things you do

Monday, December 31, 2012

Strawberry Cafe

Semalam rasa nak try cafe baru
Ramai yang rekomen sedap
Cafe nie terletak bertentangan econsave
Ade yang cakap chef dia x navy
Apepun kita layanz
Biasala bila starter sampai sesi rebut merebut pun terjadi

Dan selalunya berakhir macam nie caliph 1 adam 0
Overal boleh bagi 3 star, ade beberapa dishes macam pernah kurasa,
Chicken soup macam rasa campbell
Sos blackpepper macam familiar jer
Burger ayam goreng x habis 
Mozarella white sauce spaghetti walaupun biasa tp tahap sedap jugakla
Xdela special sangat,tapi yang paling best nasi goreng sambal hubby
Best,terasa kesambalannya...
Cuma cuppucino dengan ais bukan satu gandingan yang baik
Rasa loya jer, xtaula kan lain lidah lain pendapat  
Just my 2 cents ;)

Sebuah JANJI...

MODE JIWANG ;P
13 tahun yang lepas menjelang malam tahun baru 2000 telah ditakdir sepasang remaja duduk bersebelahan di dalam sebuah bas USM
Bas ini telah dicarter oleh persatuan anak2 Terengganu untuk balik beraya
Detik 12 malam selepas mengucapkan Selamat Tahun Baru Entah macamana isu couple terkeluar
Pemuda itu: Apa azam tahun baru awak?
Si Gadis: Saya nak cari pakwe baru
Pemuda itu: Dah ada ker?
Si Gadis: Takde...Senang2 awakla jadi pakwe saya?
Pemuda itu: Boleh...(gadis itu tergamam sebentar,otak ligat berfikir)
Si Gadis: Tapi janji awak takkan mainkan perasaan saya.
Pemuda itu: Ok janji tapi dengan satu syarat...
Si Gadis: Apa syaratnya?
Pemuda itu: Syaratnya awak mesti dengar cakap saya sampai bila2...
Si Gadis: Ok DEAL (walaupun perasaan dalam hati berkecamuk)
Sebenarnya ini kisah aku, dan pemuda itu adalah Hubby
Kami mula kenal di KMK,aku tau orang panggil dia POKNIK
Orangnya tinggi lampai, pendiam dan suka tersenyum
Pendek kata dia kelihatan sempurna di mata aku
Sudah suratan kami sama sambung belajar di kampus induk USM
Aku selalu terserempak dengan dia sewaktu balik dari surau sembahyang terawih
(Aku bukan baik sangat, tapi bulan puasa tu tergerak nak pergi terawih di surau Cahaya ;) )
Dia adalah di antara orang yang terakhir keluar surau dan aku pulak macam biasa orang yang terawal ;P
Mungkin juga kerana sebuah janji
Yang pastinya jodoh itu rahsia Tuhan
Semoga aku ngan Poknik kekal hingga ke Jannah, ameen...

Sunday, December 30, 2012

Hometown MAK

Sampai jer kat imegresen Sabah pegawai itu tanya
"Kamu Sabahan?" aku terpinga2 hubby dengan pantas jawab "Ya!"
Isk macaman aku boleh blur, aku memang Sabahan
Cuma gelaran tu tak berapa familiar kat telinga
Kampung mak adalah di Penampang Sabah, aku lahir di Sandakan
Apa yang paling best rumah nenek terletak di lereng bukit
Kami tidur di bawah bukit rumah uncle
Kami terpaksa mendaki setiap hari untuk jumpa nenek ataupun ke bandar
Tanah keluarga dikelilingi sungai yang sederhana lebar
Dahulu airnya sangat jernih dan berbatu2
Tapi sekarang kami terpaksa berjalan ke hulu sikit untuk kawasan mandi2
Nie adalah suasana sungai yang paling hampir dengan rumah nenek
Tempat ini dinamakan Kibambangan




Saturday, December 29, 2012

Faktor asthma caliph

Caliph dilahirkan sihat,dalam tempoh setahun dia memang tiada asthma
Suatu hari,sewaktu balik Sabah lebih kurang 2 tahun yang lalu
Aku bawak dia mandi laut di Tanjung Aru
Walaupun digigi air saja pada waktu itu cuaca memang tak berapa baik
Angin bertiup sangat kencang dan petanda hari nak hujan
Hujan turun rintik2 tapi takla lebat
Kami seronok mandi,tapi caliph mula nampak sejuk
Saya bungkus dia dengan tuala, angin masih lagi kuat
Sampai satu tahap hujan turun kami pun balik,caliph menggigil
Malam itu dia tak dapat tidur dan asyik muntah2
Dia juga mengalami batuk dan selsema
Penyakit itu berpanjangan dan membawa ke paru2
Disitula bermulanya episod asthma
Kadang2 rasa menyesal,kenapa saya lalai sangat
Orang tua selalu pesan jangan sampai anak masuk angjn
Bukan angin dalam perut saja malahan paru2
Bila paru2 dah kena sejuk angin jahat buat dia kecut kerana kurang matang
(istilah kampung sebab aku bukan doktor)
So mummy and daddy kat luar sana jangan ignore bila dengar pantang orang tua
Ade setengah2 hal kena ikut sebab kesannya sangat tragik
Alhamdulillah caliph sudah sembuh
setelah banyak supplement saya cuba
terutamanya untuk merawat kembali paru2 dia
Thanks Allah ;)

Kunci misteri

Kebelakangan ini aku selalu pelupa dan hilang fokus
Mungkin banyak sangat kot urat putus malumlah anak tiga
Ataupun sebab anak terlampau banyak kerenah,manja dan cakap banyak
Jadi aku lali, hehehe x patut betul semua salahkan anak
Deep in my heart diaorgla penyeri
Tangisan mereka bagaikan muzik dihatiku cewah!
Tapi kali nie bukan nak cite pasal budk2 tu
Tapi pasal kunci misteri
Suatu hari masa cuti sekolah baru bermula
Aku baru jer hadiri kursus under lembaga kat pantai remis
Lebih kurang 45km dari rumah
Balik dari sana mcmn ntah hubby terjumpa kunci dlm handbag aku
"Sayang,nie kunci sape nie? Mak ai menyirap darah ku
Sapela tuan punyer kete malang yang aku silap ambil kunci nie
Terbayang2 muka member2 kursus satu2 tengah cari kunci hilang
Mcmn diaorang balik yer dahla aku jenis cabut paling awal
Isk mcmn nie,mesti owner tgh dok nyumpah kt aku
Bukan sng family nk pegi jemput kt tempat kursus otak ligat pikir
Macamanala kunci dlm handbag
Tidur mlm pun x nyenyak hish kunci2

Friday, December 28, 2012

Stok coklat

Sebelumpegi sabah sempat bercuti dengan family hubby
Boleh tahan jugak langkawi dah lama tak pergi
First night stay kat hotel one helang padang matsirat
Malam kedua pulak tidur kat langkapuri inn betul2 tepi pantai cenang
Tapi dashyat betul nak naik kete kabel
Dekat 3 jam tu kena tunggu
Bukan dapat naik terus
Siap beratur lagi mcm ular kena palu
Anyway syok sgt dpt beli stok coklat

Thursday, December 27, 2012

Poring hot spring

Dari kundasang kami teruskan perjalanan ke ranau
tempat nostalgia mak ngan ayah
sepanjang jalan diaorang storyla kisah dulu
walaupun ade cerita yang kami pernah dengar tapi still enjoy
kat sinila mak ngan ayah jumpe pastu kawen
dapat anak macam kami kuang3
kebetulan ayah dapat contact exstudent masa pengakap dulu
so lepas tidur semalam kami drop diaorg di kopitiam mama ranau
terus ke hot spring untuk berjimba
poring hotspring adela tempat untuk mandi manda
kelebihan ada kolam air panas pelbagai saiz
setakat nie di Malaysia kolam air panasnya adalah terbaik
cuma  bila terlampau di komersial keadaan jadi sesak
terutamanya cuti sekolah
sampaikan kena tunggu giliran unyuk berendam
tapi untuk siapa yang tak kesah dengan air panas ada banyak kolam renang disediakan
paling dalam 8 kaki
best lama dah tak jumpe kolam dalam macamnie Tapi sekarang baru sedar i'm not agood swimmer anymore uhuk

Sunday, December 23, 2012

Kiram Village Kundasang

Bermalam di Kundasang adalah acara tahunan setiap tahun
Suhu yang sejuk dan pemandangan gunung kinabalu sangat sempoi
Terutamanya pada waktu pagi
Pernah menginap di beberapa homestay
Tahun lepas di Walai tokou tahun nie di Kiram Village
Dari tripadvisor tempat ini ramai yang cakap cantik
Sampai di sana kira okla,cabin dia cantik macam rumah dwarf ataupun hobbits
Tempah cabin paling besar strawberry cabin
Facility okla tapi yang paling malang water heater rosak
Beku uollss bayangkan kena bersuci dengan air alam peti sejuk
Satu lagi tv disediakan tapi k ad astro dikenakan bayaran
Tapi bila dah dengan family semua jadi seronok
Tak kirala dok kat mana pun
Cuma siapa nak bawak family cabin nie hanya muat 7 orang saja
Kalau nak bawak lebih providela sendiri sleeping bag atau toto
Coz tempat ini sejuk bangat
Kalau nak selesa banyak lagi homestay yang lebih luas dengan harga yang sama
Cuma promosi Kiram Village nie mantop





Saturday, December 22, 2012

tips bercuti ke kundasang ranau 3 hari 2 malam

Kalau bercuti di Sabah sangat rugi kalau tak pergi kundasang dan ranau
Tak payah fikir yang susah,yang penting sewa van,dan book jer rumah atau homestay
Sini aku bagi budget trip 3 hari 2 malam untuk 10 dewasa 5 kanak2 cinonet
nissan urvan 15 seat rm250 sehari total rm750
homestay coz ramai rm350 sehari total rm700
minyak rm100 ticket masuk rm150
makan terpulang kalau rajin masak
so jumlah besar adalah rm1700 tidak termasuk makanan
 Cadangan,setibanya anda di terminal kk terus arrange kenderaan ambil kat airport

Wednesday, December 19, 2012

Sabah...aramaiti...

Baru sampai sabah semalam
Journey yang sungguh mencabar 3 orang anak kecik +2 bagasi
Kami parking di kondo jalan ipoh rumah kakak
Terpaksa naik komuter ke kl sentral
Naik skybus lg ke lcct
After flight naik trooper ke kampung kami
Biasa kami tinggal jer kereta ngan kazen yg kerja di klia
Takpun kakak hubby tolong hantar
Tapi kali nie semua tiada di kl Penat tapi berbaloi
Alhamdulillah selamat tiba ke destinasi

Monday, December 17, 2012

Bye bye Billy

Kesian kat budak2 nie
dah start sayang kat billy kena tinggal pulak
pagi petang malam dok kelek
baby musang nie sangat jinak
lebih jinak dari kucing
oh lupe,billy tu nama baby musang
kami nak ke langkawi 3 hari 2 malam
tak siapa sanggup jaga billy
so hubby decide tinggalkan jer kat luar rumah
biar Allah yang jaga,buat satu kotak
tinggalkan buah pisang,betik,mangga dan air
lagipun kat situ juga kami jumpa dia
takpela s7ayang,ada rezeki jumpe billy lagi
bye bye billy...ade yang meleleh airmata


Wednesday, December 12, 2012

Buang bayi...

Bangun pagi dengar macam ade baby nangis belakang rumah
Ajak hubby tengok,lain macam jer bunyi
Bukan baby org tau tapi haiwan
Tak tau spesies ape jangan tikus dah aku geli
Bila hari dah cerah sikit tengok2 ade sekor baby musang
Tengah nangis kat pintu belakang
Manela pegi ibu dia nie Kesian punya pasal
Ambik masuk dalam kotak bagi susu ngan buah
Tengokla ape jadi kat makhluk nie biler 3 ninja bangun

Monday, December 10, 2012

Ulser Mulut...

Dah 3 hari menderita ulser
Tak pasal2 anak2 kena marah kalau tersilap sentuh
Nak cakap pun malas makan apetah lagi
Semalam hubby ajak pegi tesco
Serius sakit sampai nak shopping pun terbantut
On the way balik hubby stop kat farmasi
Cakap kat pharmacist nak ubat ulser
tapi taknak bonjela taknak hurix
bagi aku semua tu tak berkesan makin sakit adela
so dia suggest this
Dexaltin Oral Paste...balik jer try
guess what,i luv it so much!!!
sakit la jugak tapi takla seteruk bonjela and hurix
next morning my ulcer reduce 50% thanks Allah...

Sunday, December 9, 2012

Mandi Hujan

Musim cuti ni tak tau nak buat ape
hubby kerja weekend bolehla jalan2
bila anak2 bosan paling best bagi jer mandi kolam
bukan kolam renang tau tapi kolam plastik
tak suka anak terlampau habiskan masa tengok tv atau main game
elok jer mandi hujan turun
tengokla ape jadi kat budak2
jangan demam sudah


Friday, December 7, 2012

Bubur Perak

Suka sangat makan manisan macam pengat atau sira
Tapi kat Perak nie orang panggil bubur
Susah nak cari orang jual manisan nie yang sedap
Kadang2 isinya kurang lembutla, kurang lemakla
Yela nak sedap masak sendirila yer
Tapi ramai ker yang mampu masak 10 jenis bubur sekaligus
Abis rajin pun mesti masak 2 jenis
Rupa2nya kat Manjung ade sebuah gerai Bubur Perak Bertempat di titi gantung
Hampir sepuluh jenis pilihan bubur yang sangat sedap
Aritu dah try bubur jagung ngan pengat pisang
Kali nie beli bubur ubi keledek ngan bubur caca pulak

Thursday, December 6, 2012

Aeon Manjung...whoaalaa...

Wah Manjung dah ade Aeon bestnyer
Actually aku bukanla fan Aeon sangat
Cuma adela setahun sekali pegi sana
Lagipun tarikh bukak Aeon sama ngan Birthday Adam
So daripada makan kat luar baik jalan2 kat Aeon
Buleh cuci mata + menambahkan sesak
Hubby cakap nak jalan2 jer malas sure sesak
Aku pulak beria suruh pegi, parking banyak tu
Sampai2 jer memang betul, kereta banyak
Tapi parking tetap ade, siap kat pintu depan lagi
Masuk dalam orang sangat ramai
Siap jumpa kawan lama + baru macam reunion pulak
Alaaa...Manjung bukannyer besarkan
Pusing2 muka tu jugak
Last2 makan kat Kenny Rogers celebrate Birthday Boy
Siap nak order buat balik lagi tapi waiter cakap 'Ayam Dah Habis kak' :(
Sape rasa nak makan ker beli something ker pergila kat AEON Manjung
Boleh dikatakan semua outlet ade sale untuk opening
Rugi weh!!! bonus sebulan kan ekekekkeke

Sunday, December 2, 2012

Tips bercuti di Cameron Highlands

Tips ini sesuai untuk mereka yang datang bercuti bersama keluarga...(6+6 kids)
Tak sesuai untuk pasangan yang berbulan madu...

1. Sila pilih tarikh yang sesuai (masa cuti, weekends, peak seasons apartments mahal)
2. Sediakan makanan dari rumah untuk dinner + breakfast coz payah nak makan kat luar ngan kanak2, malam2 pule tu, sejuk bangat. (3 in 1 sangat penting) takpun tapau siap2.
3. Beli map yang rege 3 ringgit kat mana2 kedai untuk plan perjalanan.
4. Baju sejuk tak bawak pun takpe, tapi kalau sejuk sangat banyak dijual kat pasar malam Brinchang

So mula2 sampai kalau korang plan tido satu malam jer jangan terlepas pasar malam Brinchang, selain beli belah masa tu jugakla nak rasa udara sejuk Cameron yang susah nak jumpa waktu siang. Singgah di MARDI untuk beli eskrem strawberry yang halal lagi sedap. Jangan lupe beli strawberry segar, nak buat ape lagi, makanla celup coklat puas2. Kalau nak murah beli dalam kuantiti kilo kat pasar malam atau mana2 kebun. Bermalamla di mana2 apartment yang telah ditempah ikut budget masing2. Jika anda melalui Ipoh dan bermalam di Tanah rata cuba cek peta supaya anda tak payah naik turun dari Brinchang dan patah balik ke Tanah Rata. Buang masa plus sangat jem.

Mesti Pergi.
1. Big Red Strawberry Farm (macam2 ada)
2. Pasar Malam Brinchang
3. Ladang Teh Boh, mushroom soup sedap
4. Beli Eskrem Strawberry kat MARDI homemade ;P
yang lain optional cukupla tido sehari, nak tunggu budak2 bangun dan bersiap pun dah lambat, kete kena clamp lagi...lain kali pergi tempat lain pulak...sekian

Saturday, December 1, 2012

Apartment Authurium...

kami bermalam di apartment nie satu malam
binaan ala victoria cottage putih hitam
ruang agak luas ade tiga bilik muat katil queen
cuma yang tak bestnyer rice cooker rosak,hampeh
kami tiba dah malam parking penuh
so hubby park dekat garisan kuning
tapi masih dalam kawasan apartment
bangun esok pagi tengok kete dah kena clamp
termasukla kete adik aku kuang3x
pegi kat pak guard dia ckp denda rm50 satu kete
gaduh punye gaduh last2 lepas satu kete
hubby kata okla tapi adik ipar aku brutal
last2 kerani tu ngan muke masam lepaskan kete kami
yes! kalaulafree gaza semudah itu...apepun alhamdulillah,selamat duit kami
adik ipar belanja duit kopi kat guard sebab tolong clamp
patutnyer tak bagi pun takpe,orang tua...