Love is the little things you do

Friday, November 30, 2012

Cameron Highlands

Tiba di CH semalam dalam pukul 9.45 malam
Perkara wajib singgah kat pasar malam brinchang
banyak gerai dah tutup, gigih menapak ngan anak coz parking jauh
tapi best,sejuk bangat, banyak barang jual berbentuk strawbery,cute
beli sarung tangan untuk anak dan biasanya akan tawar untuk 3
sekali harga 1 rm6.9 last2 dapat rm12 3 oklatu
dan paling penting dapat beli strawbery
harga boleh tahan,beli gred A baru puas hati

Thursday, November 29, 2012

Trip to Cameron Highlands

Yeay, last2 dapat jugak bercuti kat CH
Hari tu lalu jer on the way balik kampung
Baru jer lepas prepare sup + tomyam untuk buat steamboat
Harap2 menjadila, sos pencicah pulak takde sos ikan
So hentam jer guna belacan, muahahahha
Tak sabar nak makan strawbery choc lagi
Bukan senang nak singgah kedai makan ngan budak2 cinonet nie
Dua orang adik aku + family+anak yang lagi cinonet juga menyusul
jangan harap dapat makan kat kedai uhuk
Kali nie plan stay kat apartment yang book tapi kensel 2 minggu lepas

Smart Pool

Swimming pool that never ends
People no longer need large spaces to own a pool.
That's equivalent to just one car park bay. And, this space can be virtually anywhere, be it at sit-outs, patios, balconies, garden, terrace, living mom or even in your bathroom.

Sesuai sangat kalau nak letak belakang rumah nie, tanah kosong lebih kurang 20x40 kaki, pada renovate jadi bilik baik buat pool. (bestnyer angan2 mat jenin nie, bilala nak dapat durian runtuh macam adik aku, tetibe jer dapat myvi sebijik)!!! Nak masuk dalam wishlistla ;) kot2 ade rezeki, rumah kecik jer, dahla kawasan pun tak berapa nak mewah...tapi ade pool...

Wednesday, November 28, 2012

karipap gulung inti sardin

sangat teringin nak makan karipap gulung inti sardin
biasanya FIL akan belikan setiap pagi di kota bharu
malangnya kat manjung just ade sardin roll yang pakai roti tu
nak cari yang rangup susah, takpe kalau rajin petang nie nak try buat
gambar pinjam dari blogger

p/s pesalla android nie prob nak upload pic,ke aku yang tak reti huhuhu

Tempat main kayak di kuala terengganu

Tau tak kat kuala trg ade tempat main kayak yang best
sebelah tempat rekreasi masjid terapung kuala ibai
tak silap namanya qurata riverside beach resort
bayaran sangat berpatutan rm6 untuk satu kayak jika anda nak datang ketempat nie
lepas jer masjid terapung di sebelah kiri ada satu lorong sebelum car wash
masuk jer lorong lebih kurang 50m pusat latihan kayak terdapat disebelah kiri
jumpe jer pekerja kat situ dan cakap nak main kayak
pastu angkat sendiri kayak,ambik life jacket +paddle dan boleh terus main
jangan lupe masukkan kayak dalam lagoon takkan nak main atas darat pulak
jangan risau kawasan ini air tak dalam dan selamat untuk kanak2
tips:bersedia untuk basah

Tuesday, November 27, 2012

Darul Syifa'...

Pagi semalam mak ajak pergi Darul Syifa' Terengganu
Actually takde benda serius sangat
Cuma nak cuba perubatan alternatif Islam
Harap2 Adam dapat jadi anak yang sihat dan soleh
Adam antara ketiga2 adik beradik nie paling kecil
Walaupun berat lahir dia 3.65kg
Umur bulan depan dah lima tahun
Berat 15g lebih 1kg jer dari khalif umur hampir 3 tahun tu
Selalu mengamuk tak tentu pasal kuat menangis
Fizikal sihat Alhamdulillah, cuma ade sakit skt2
Sangat kurang makan risau tak cukup zat
Apa yang diperhatikan masa dirawat
Adam ok saja, tapi menurut ustazah biasa perangai budak2
Mesti selalu bacakan doa dan ayat2al quran
Assyifa' hanya boleh ikhtiar yang lain terpulang pada ibu bapa
Tambahan lagi,budak2 yang selalu jalan jauh merentas banyak negeri
Banyak gangguan dalam perjalananan,
tak kirala angin luar ataupun dalam kereta
masa kecik masih buleh dirawat kalau besar dah susah
Bekalan ubat: 2 botol air mineral yang telah dibacakan doa ayat2 suci alquran
Cara pengambilan: sebagai air minum dan buat mandian 3hari berturut2 selepas asar
Bayaran: rm5 (harga 2 botol air mineral bersaiz besar) yang lain tiada
cuma diluar premis disediakan tabung derma seikhlas hati
sempat beli buku doa dan kutip doa2 yang difotostat secara percuma
Alhamdulillah, InsyaAllah kalau jumpa link atau lokasi tempat  nnt try paste

Buku hijau di atas pun dijual, dalam ade himpunan doa2 mustajab ;)




Monday, November 26, 2012

Kuala Terengganu

tiba di ktrg jam 12 tgh mlm
mcm biasa mak ngan ayah masih belum tido
hihihi kalau tido pun mesti aku kejutkan
sembang sampai pagi,mcam2 cite kuar
abis jer chat ngan mak ayah sambung ngan adik beradik  pulak
tidur lewat,hari nie kepala semua pusing
apepun manfaatkan masa yang singkat ini cheers!!!

Sunday, November 25, 2012

Kunjungan ke istana

Baru jer lepas melawat istana Kelantan
Baik hati betul Sultan Kelantan macam yang disebar dalam internet
Sanggup bagi ruang kat MAIK buat ekspo
Rasanya ramai pelawat bukan nak tengok sangat ekspo
Tapi nak ambil kesempatan masuk istana
Macam kitaorangla, bukan senang
Tak silap penduduk panggil tempat ni Istana Airmata
Ntah kenapa tu kena kaji sejarah
Yang bestnyer kat sana kami dikelilingi budak2 tahfiz pondok
Daripada kecik sampaila besar,
Dialek cakap pun muacam2 ada sleng sabah,sleng kl
Hubby sempat interview sorang budak kecik,
rupa2 dia dari KL baru tiga bulan dok sekolah pondok



Saturday, November 24, 2012

Strawberry chocolate

teringin nak makan strawberry choc,
aritu  on dway balik kb singgah cameron tapi tak naik atas pun
ramai yang tak berapa nak sihat+mabuk
nasib tepi jalan ade kedai jual strawberry
sampai kb masuk jer strawberry dalam peti
dengan harapan adela orang belikan choc
last2 terpaksa makan ngan choki2 sebelum buah tu rosak
resepi baru:strawberry choki choki

Ariani SALES!!!

Alang2 dok kelantan kebetulan arianisales, so ape lagi...
dari semalam pujuk hubby pegi..hihihi
tapi bilasampai sana yang tak bestnyer banyak colour dah abis, buhsan jer
last2 dapat gak rembat 3 pasang xdela best sgt tp okla
tips: lain kali kalau ada sales jadila orang terwal sampai, bukan yang last...berkenan kat tudung hitam pink akak sebelah, jeles jer tengok dia pegang tapi cari tak dapat pun uhuk!,

Friday, November 23, 2012

Book tapi cancel

Dah book satu apartment kat cameron
malangnyer lepas sorang2 tarik diri terpaksa cancel
dahla bargain ngan owner macam nak rak
last2 takjadi hihihi
so untuk tebus kesalahan
disini nak iklan:
muslim apartment desa authirium cameron highland
harga amat berpatutan walupun peak day
contact en mokhtar  yang baik hati 0175225065
jangan marah yer, semoga murah rezeki

Gadget baru

Best dapat gadget baru
bolehla nak berblogging hihihi
tapi internet prob,skrg dok guna digi
kalau kat umahkan baru ade wifi
tapi takpe,cite dulu gambar kedian
okla dari takde
tapi yg sedihnya xberapa pandai nak guna lagi
nak explore pun malas
sekarang kat kota bharu

Thursday, November 22, 2012

rancangan cuti sekolah

Syoknyer jadi CIKGU yang pastinya  kami akan menghabiskan masa cuti di 4 buah negeri,perak,kelantan,terengganu dan sabah...kalau leh tambah brunei kan best ;p 
HAaPPYHOLIDAYs!!!

Wednesday, November 21, 2012

Trip to Bandung

mak dan ayah ade book pakej ke Bandung yang sepatutnya bertolak semalam..
Tapi kite hanya mampu merancang,bapa saudara telah dijemput Allah pada malam yang sepatutnya mereka bertolak...innalillah...
dengan izin Allah ayah dan ibu sempat membantu menguruskan jenazah hingga ke liang lahat..semoga roh ba ditempatkan disisi orang2 yang beriman,ameen...
Kami ingatkan trip ayah ngan mak stop kat situ jer,rupa2nyer selesai jer urusan diaorang bergegas ke airport gamble ambil tiket ke klia,dr klia ambil teksi ke lcct, dengan izin Allah mereka sempat menyertai rombongan di LCCT coz flight delay entah berapa jam, subhanallah...caiyok mak dan ayah, enjoy ur trip,we gonna miss u

Balik kampung hubby

pagi yang indah di kota bharu...
nama jer seminggu dah cuti sekolah tapi hari nie dengan rasminya cuti baru bermula.
xdela sibuk sangat cuma kerja yang sendiri aku cari,tapi apapun dah selesai alhamdulillah...
terkilan jugak coz  famili hubby terpaksa datang tolong jaga budak kononnya pengasuh balik kampung,padahal elok jer pengasuh tu dok umah...hampeh, iye2 jer nk balik kampung...kesian kt MIL yang mabuk + kurang sehat dtg, terharu...
Allah knows everything,apepun niat dia mmg xnk tlg jg anak masa cuti itu terpulang, tapi susahnya hati nak pikir penjaga Dia jer yang tahu...