Love is the little things you do

Thursday, June 30, 2011

Result..

ALYA (6 tahun)
Alhamdulillah, si kakak dapat nombor satu...tapi itu bukan ukuran, yang penting Alya dah tahu baca...tak sia-sia hantar pergi tadika nie. Tahun lepas saya hanya hantar anak saya Tadika Perpaduan, saya tak malu nak mengaku. Mesti orang cakap hantar tadika anak pun nak berkira, tapi saya tak kesah. Target saya umur 5 tahun, Alya mesti tahu, kenal dan boleh tulis huruf A-Z dan boleh mengira no 1-10. . Selain itu, Tadika Perpaduan juga jadikan Alya lebih yakin dan pandai bergaul dengan kawan2. Alatulis dan pensel warna pun dah tak hilang. Ingat lagi, saya pernah paksa Alya kira pensel warnanya cukup sampai 12 atau tidak, barulah saya tinggalkan sekolah. Saya nak dia lebih bertanggungjawab dengan barang2 dia. Dan misi itu BERJAYA ;)
Tahun ini target saya berbeza, Alya sudah 6 tahun, dia mesti tahu baca,saya taknak dia terlalu ketinggalan bila masuk darjah satu nanti. Cuma guru yang mengajarnya kurang menekankan bahasa Inggeris, so saya hantar tuisyen untuk subjek itu...Doakan percaturan saya berjaya...

Report Card...

Jumaat lepas, saya pergi ambik report card anak saya...Ini first time tau, walaupun sekolah tadika saya tetap hadirkan diri...saya tahu mulai hari ini dan tahun berikutnyer inilah aktiviti tahunan saya...tak kira anak saya bagus atau tak, saya tetap kena hadapi kenyataan...saya pelik, kenapa ada juga ibu bapa yang tak pernah hadir untuk mengambil report card anak, adakah kerana mereka sudah tahu prestasi anak mereka dari rumah, ataupun mereka memang tak peduli...saya taknak jadi ibu yang tak peduli...saya nak anak saya tahu, setiap tahun ibu mereka MESTI datang sekolah untuk ambil report card...saya juga nak mereka tahu yang ibu akan sentiasa berada disisi...tak kira masa sukar, ataupun masa senang...

Mulai hari ini...

Mulai hari ini saya akan merajinkan diri update blog saya...
Kalau tak percaya wait n see...sebenarnya ada banyak benda saya nak tulis, tapi semua idea hilang...lebih2 lagi saya tengah struggle membesarkan anak2...Walaupun saya bukan ibu yang rajin,pakaian, bekalan anak2 tetap saya uruskan...saya paling susah hati kalau anak saya sakit...saya takde mood nak buat ape2...Tapi sekarang saya tekad, walau macamana pun saya akan terus menaip, mungkin masa akan datang anak2 saya akan datang jengok blog saya...siapa tahukan, ini saja kenangan yang kami ada...