Love is the little things you do

Tuesday, February 28, 2012

Salam pukul 12 30 pagi...

Nick pegi KL kursus  3 hari
Terpaksala jaga 3 ninja sorg2 :(
Terlelap awal (misi nak suruh anak tido)
Tiba-tiba dengar orang bagi salam
Makin lama makin kuat, terjaga, tengok jam pukul 12 30 malam
Suspen, sape panggil malam2 nie, nak kuar ke tak?
Beranikan diri jenguk tingkap
Nampak kelibat dua lelaki
Pakai spek, bukan dari luar pagar tapi umah sebelah
Konpem jiran, ambik tudung terus kuar...suspen
Jiran just nak cakap lampu dalam kete menyala
Alaa nie mesti kerja si Khalif...hampeh
Terus inform Nick takde, diaorang tunggu sampai kunci pintu
Terima kasih Encik jiran, kerana anda sangat perihatin
Walaupun hampir nak tercabut jantung saya ;)

Bestnyer dapat jumpe aki...

Ari sabtu baru nie kerja, sangat tak best...
Ahad hubby ckp nk pegi Teluk Intan tengok kete...ok xpe pegila...
Pukul 11 pagi Ahad, Ayah tepon dia on dway ke Kuala Kangsar ziarah sahabat...
Nak pegi ke tak, KKangsar bukannyer jauh, satu jam lebih jer
Dahla tak pernah jumpa lagi lepas Ayah buat angiogram (spelling x tau)
Hubby tanya nak jumpa Ayah ker, aku cakap tak kesah walhal nak sangat2
Buat muka seposen, last2 hubby batal pegi Teluk Intan
Hurray!!! misi muka seposen berjaya ;)

Thursday, February 23, 2012

Houseboat Royal Belum

Tiap kali balik kampung mesti lalu kot jambatan Tasik Banding
Teringat nostalgia masa matrik dulu, best tu camping kat Belum
Pesal la tak kenal sangat hubby masa tu, satu matrik tu :)
Part paling best berakit, Abis itam legam muka hehehe

Kali nie rasa nak try experience lain pulak
Banyak hotel dah wujud kat area nie
hotel mana2 pun biase jer rasanyer
tapi bukan yang in...jeng jeng jeng!!!


bestkan, ker aku jer yang rasa macam tu
dah survey pakej


Full Board Package inclusive of:
  • Kayakking, Rafflesia Spotting
  • Visit to Orang Asli Settlement
  • Mini Jungle Trekking
  • Fishing Trip
  • Picnic by the Waterfalls
  • BBQ Dinner on Board
3D2N RM 400/pax include semua diatas termasuk makanan...ada berani???

Ade lagi pakej yang murah, tapi biasanya kaki pancing yang ambil
Bayar houseboat saja, makan, minum, sendiri dan just bayar permit pancing
Antara bot yang disewa...ok gak kan, jut nak santai2
tap[i mesti ada kaki pancing baru tak rugi ;)



Tuesday, February 21, 2012

Another baby boy was born ;)

Wah!!! Tahniah to my sis Adik and her beloved husband Adi...
Dah jadi mak bapak dah korang , rasa baru jer kawen... ;)
Apepun tahniah, baby sangat comel...tak nampak lagi ikut muka sape
Yang penting sihat, jaga diri n baby baik2 40 hari jer tak lama
Selamat berpantang

Tak sabarnyer nak balik!!!


Lahir 12/2/2012 2.3kg normal, Alhamdulillah

Baju Boria...

Ada 6 adik beradik pompuan, gambar nie ambik masa majlis kawen adik (tiada dalam gambar)
Baju beli kat Pekan Sarikin Kuching, kononnya tema satu Malaysia colourful ;)
Dari kiri Ayu, Imi, Along, Aku dan Layna (the youngest)

Nak balik kampung...

Isk 3 minggu lagi nak cuti sekolah...lamenyer...
Dah lama tak balik kampung...
Bila ntah dapat pindah balik...
Pencen pun belum tentu... :(

Missed this moment so much
Nie rumah jiran adik ipar, masa nie adik saya Si Ain tengah makan beradap...
Best yer...korang dok tmpt cantik2 kitaorg kjepanasan + boring dok tunggu sini... ;)

Sunday, February 19, 2012

Rutin harian...

Bangun pagi, solat subuh,basuh baju.sediakan air panas untuk anak, kemaskan beg ikut jadual
prepare bekpes untuk anak n hubby, siapkan bekal,kejutkan anak, bagi mandi, pakaikan baju,
temankan sarapan, hantar anak kesekolah, balik ke rumah, jemur baju,
kemas dapur, kemas rumah, gosok baju, sediakan makanan
prepare pakaian anak untuk mengaji, kerumah pengasuh, ke tadika petang
buat susu, anak bangun, bagi mandi, bagi makan, bagi susu, layan tengok tv, layan gaduh
tghri siapkan anak, bawak 5 beg(beg saya 2, beg Alya,beg Adam, beg Khalif ,satu hanger baju)
hantar baju n beg Alya ke taska, hantar khalif umah pengasuh, hantar Adam ke tadika
terus pergi kerja..................................................................................................................
Balik kerja, siapkan makan malam (kadang2 beli ;) ) mandi, solat maghrib dengan anak,
makan malam,hantar anak pergi mengaji, balik mengaji teman Alya buat keje sekolah
kemas dapur,gosok baju untuk esok,Solat Isya' dengan anak, layan anak-anak ngan hubby tgk tv
Pasru tido.....................ESOK ULANG SEMULA!!! (macam iklan ape ek?) ;))))

p/s macam ade yg miss jer

Short Trip to KL 2

Trip kali nie berjaya pegi rumah Bus n Shima
Wah!!! Rumah mereka sangat besar, tahniah!!!
Tumpang happy untuk kawan

Anak serbu mainan + buat sepah
Naik malu, rumah kemas sekelip mata berubah
Lepas nie orang mesti pikir 2 3 kali nak jemput
Yela 3 orang tu, dahla tengah lasak
Jangan risau lepas nie nak kurangkan aktiviti melawat
Sampaila anak dah matang sikit
Anyway, terima kasih belanje KFC yer ;)

Short Trip to KL...

Baru jer sampai rumah
Hari Sabtu pas hantar kete hubby kt Teluk Intan terus ker Putrajaya
Niat nak ziarah sahabat lama dan anaknya di hospital
kebetulan masa tu baru jer masuk waktu melawat
Ntah dia masih ingat saya atau tidak ;( Last jumpe masa ambik result SPM
Tak pernah terpikir jumpe dalam situasi ini
Semoga cepat sembuh ye sayang...
On dway turun lift jumpe Azyana (ini pun sahabat lama)
Alhamdulillah untuk segalanya...

Friday, February 17, 2012

Kenapa Saya Berjubah...

Jangan salah faham jika lihat saya berjubah dan bertudung hitam
Bukan nak tunjuk iman setinggi langit
Cuma baru2 ini adik saya yang mengajar di Kuching tolong belikan
Bila pakai saya rasa selesa, terutamanya nak kuar umah sekejap
Contoh: hantar anak mengaji, beli makanan, pergi bank, hantar umah pengasuh
Semuanya perlu masa yang singkat
Rasa macam ketagih, pergerakan semakin pantas
takdela nak pikir pakai baju ape
Patutla saya tengok si Wardina selalu pakai
Just sarung dan jalan, pakai 2 3 lapis pun xpe, mudahkan
sekarang dah ada 2 helai harap boleh tambah koleksi ;)

Thursday, February 16, 2012

Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus...

Kakak Ipar fanatik pada ustaz ini
Dia ada banyak cd, teman bila sunyi
Lawak bersahaja penuh informasi
Inilah dia UAI pendakwah terhebat masakini ;)
Jom join Ustaz!!!

Gigi patah...

Balik dari kerja, penat
Alya: Ibu ibu gigi Alya patah kat sekolah kawan tolak
Me: Okeyla tu tak payah cabut lagipun gigi dah goyangkan?
Alya: Tapi ibu, sakit sangat, darah kuar banyak, sakit,kakak nangis
Me: Nangis kat sekolah, tak malu... cikgu ade tak masa tu
Alya: Lepas tu baru cikgu masuk suruh kumur, cikgu bagi gigi, nak tengok tak
Adam: Mana mana nak tengok
Me: Isk kakak urusla sendiri kan ibu kata tanam
Alya: nak tanam kat mana? tak jumpe tanah pun
Me: Bawah rumput tu ade tanahla
Alya: Rumput karpet ibu tebal sangat, mana ade alat nak korek
Me: Betul jugak...
(aku pun nak tak nak korek jer rumput tu ngan kunci kete,mmmh bila ntah nak ade masa nak tanam rumput baru)

Wednesday, February 15, 2012

Saya vs Aku

Tak biasa tulis blog
Tak tau nak guna 'saya' atau 'aku'
'Aku' bunyi kasar walaupun biasa sangat guna
Dalam penulisan 'saya' lebih lembut
Ape2 jelakan, LAYAN!!!

Kereta Ustazah...

Semalam first time Adam nak pergi mengaji malam kat tadika An Najwa
Ibu cakap nak hantar guna motor
Ayah cakap guna keretala
Ibu cakap dekat saja belakang rumah jekan
Ayah macam tak berapa nak bagi tapi hujah ibu menang
Ibu start skuter ayah yang besar gedabak + kaki tak sampai
Sebenarnya lama sangat tak drive skuter sebab hubby tak berapa kasi
Hari nie yeay berjaya, tapi tetap rasa susah. skuter itu sangat berat
Tapi ibu degil, sampai depan tadika parking tepi kete ustazah
lepas hantar Adam kat dalam ibu pun nak terus pegi kedai
Tak sampai satu jengkal dari skuter tiba2 gedebum!
Skuter terbalik dan kena kereta Ustazah
Owner tadika kuar dan tengok, dia ckp nak buat mcmn kalu dah nak kena
Ibu balik dan bagitau ayah
Ayah marah, dan cakap 'Tengok molek gak kalu nak parking' (muka masam)
Ibu diam, sebab tau salah, ibu kena jugk jumpa ustazah dan tanya pasal ganti rugi
Huk huk huk Pergi semula tadika ambik Adam kali nie naik kete, serik seh
Jumpa ustazah dan mintak maaf + tanya gantirugi
Ustazah tengok kereta dan cakap calar tu memang dia yang buat bukan skuter saya
Sangat ralat kerana bersalah, taktau ustazh tu nak sedapkan hati atau betul
Apepun salam perkenalan Ustazah Anis, Maaf yek! ;)

Caliph minum susu basi...

Semalam tak sedar caliph bangun
Ibu tengah sebok ngadap laptop
Dengar caliph tengah isap sesuatu, biasanya ibu jari
Tiba-tiba terasa nak jenguk
Tengok Caliph tengah pegang botol susu yang dah kosong
MasyaAllah Caliph minum susu basi
Ibu cuba korek mulut Caliph supaya muntah
Caliph gigit jari Ibu, Ouch!
Ibu panik, macamana kalau Caliph sakit perut, muntah2, cirit birit
Call Ayah, ayah cakap, kenapa tak kosongkan botol dan basuh?
Bagi minum air masak banyak2 (nada macam nak marah)
Ibu cakap bye!
Terlintas, kalau Allah izin apa saja boleh terjadi
Ibu baca ayat kursi dan doa semoga susu basi itu jadi ubat untuk Caliph
Sepanjang hari hidup tak tenang
Alhamdulillah semua selamat...
Semoga doa ibu dimakbulkan Allah selalu ;)

Salam...

Terkejut mendengar berita suami seorang sahabat lama (Aziah Ali) telah meninggal dunia pada 14/2/2012 kerana terlibat dalam kemalangan di Cyberjaya
Hanya pernah nampak di laman maya saja sebab saya tak pernah menyertai reunion
Terkilan tak sempat mengenali arwah, namun saya percaya beliau seorang amat baik dan istimewa
Sahabat sangat tabah dan redha, saya kagum, adakah saya mampu untuk menjadi sehebat dia? :(
Muhasabah diri supaya menjadi insan yang lebih baik untuk suami dan anak2
Dunia hanya pinjaman, akhirat adalah selama-lamanya
Semoga Allah tempatkan aruah disisi orang2 yang beriman, Ameen
Semoga anak (Maya) sahabat cepat sembuh, Ameen
Semoga Allah kurniakan kekuatan kepada sahabat dan anak untuk meneruskan hidup, Ameen
Semoga Allah kurniakan sedikit kelembutan kepada sahabat saya dalam menentukan qada' dan qadar untuk hari yang mendatang, Ameen
Al-fatihah