Love is the little things you do

Thursday, February 16, 2012

Gigi patah...

Balik dari kerja, penat
Alya: Ibu ibu gigi Alya patah kat sekolah kawan tolak
Me: Okeyla tu tak payah cabut lagipun gigi dah goyangkan?
Alya: Tapi ibu, sakit sangat, darah kuar banyak, sakit,kakak nangis
Me: Nangis kat sekolah, tak malu... cikgu ade tak masa tu
Alya: Lepas tu baru cikgu masuk suruh kumur, cikgu bagi gigi, nak tengok tak
Adam: Mana mana nak tengok
Me: Isk kakak urusla sendiri kan ibu kata tanam
Alya: nak tanam kat mana? tak jumpe tanah pun
Me: Bawah rumput tu ade tanahla
Alya: Rumput karpet ibu tebal sangat, mana ade alat nak korek
Me: Betul jugak...
(aku pun nak tak nak korek jer rumput tu ngan kunci kete,mmmh bila ntah nak ade masa nak tanam rumput baru)

Wednesday, February 15, 2012

Saya vs Aku

Tak biasa tulis blog
Tak tau nak guna 'saya' atau 'aku'
'Aku' bunyi kasar walaupun biasa sangat guna
Dalam penulisan 'saya' lebih lembut
Ape2 jelakan, LAYAN!!!

Kereta Ustazah...

Semalam first time Adam nak pergi mengaji malam kat tadika An Najwa
Ibu cakap nak hantar guna motor
Ayah cakap guna keretala
Ibu cakap dekat saja belakang rumah jekan
Ayah macam tak berapa nak bagi tapi hujah ibu menang
Ibu start skuter ayah yang besar gedabak + kaki tak sampai
Sebenarnya lama sangat tak drive skuter sebab hubby tak berapa kasi
Hari nie yeay berjaya, tapi tetap rasa susah. skuter itu sangat berat
Tapi ibu degil, sampai depan tadika parking tepi kete ustazah
lepas hantar Adam kat dalam ibu pun nak terus pegi kedai
Tak sampai satu jengkal dari skuter tiba2 gedebum!
Skuter terbalik dan kena kereta Ustazah
Owner tadika kuar dan tengok, dia ckp nak buat mcmn kalu dah nak kena
Ibu balik dan bagitau ayah
Ayah marah, dan cakap 'Tengok molek gak kalu nak parking' (muka masam)
Ibu diam, sebab tau salah, ibu kena jugk jumpa ustazah dan tanya pasal ganti rugi
Huk huk huk Pergi semula tadika ambik Adam kali nie naik kete, serik seh
Jumpa ustazah dan mintak maaf + tanya gantirugi
Ustazah tengok kereta dan cakap calar tu memang dia yang buat bukan skuter saya
Sangat ralat kerana bersalah, taktau ustazh tu nak sedapkan hati atau betul
Apepun salam perkenalan Ustazah Anis, Maaf yek! ;)

Caliph minum susu basi...

Semalam tak sedar caliph bangun
Ibu tengah sebok ngadap laptop
Dengar caliph tengah isap sesuatu, biasanya ibu jari
Tiba-tiba terasa nak jenguk
Tengok Caliph tengah pegang botol susu yang dah kosong
MasyaAllah Caliph minum susu basi
Ibu cuba korek mulut Caliph supaya muntah
Caliph gigit jari Ibu, Ouch!
Ibu panik, macamana kalau Caliph sakit perut, muntah2, cirit birit
Call Ayah, ayah cakap, kenapa tak kosongkan botol dan basuh?
Bagi minum air masak banyak2 (nada macam nak marah)
Ibu cakap bye!
Terlintas, kalau Allah izin apa saja boleh terjadi
Ibu baca ayat kursi dan doa semoga susu basi itu jadi ubat untuk Caliph
Sepanjang hari hidup tak tenang
Alhamdulillah semua selamat...
Semoga doa ibu dimakbulkan Allah selalu ;)

Salam...

Terkejut mendengar berita suami seorang sahabat lama (Aziah Ali) telah meninggal dunia pada 14/2/2012 kerana terlibat dalam kemalangan di Cyberjaya
Hanya pernah nampak di laman maya saja sebab saya tak pernah menyertai reunion
Terkilan tak sempat mengenali arwah, namun saya percaya beliau seorang amat baik dan istimewa
Sahabat sangat tabah dan redha, saya kagum, adakah saya mampu untuk menjadi sehebat dia? :(
Muhasabah diri supaya menjadi insan yang lebih baik untuk suami dan anak2
Dunia hanya pinjaman, akhirat adalah selama-lamanya
Semoga Allah tempatkan aruah disisi orang2 yang beriman, Ameen
Semoga anak (Maya) sahabat cepat sembuh, Ameen
Semoga Allah kurniakan kekuatan kepada sahabat dan anak untuk meneruskan hidup, Ameen
Semoga Allah kurniakan sedikit kelembutan kepada sahabat saya dalam menentukan qada' dan qadar untuk hari yang mendatang, Ameen
Al-fatihah

Saturday, December 31, 2011

Welcome 2012...

Semoga tahun ni...                                                                                                                                          
1. Kami sekeluarga akan dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah serta umur yang panjang dan diberkati Allah selalu. ;) (doa ikut skema mane ntah mcm best jer bunyinyer... AMEEN)
2. Anak sedara saya Faseh cepat sembuh dan dapat berkejar2an ngan Adam macam selalu..AMEEN.
(luv u darl)
3. Saya dapat bangun seawal 5.45 pagi 4 preparing my dotter to school, Darjah satu maa... (nie yang sangat susah!!!)hukhuk AMEEN
4. Segala impian suami saya tercapai terutamanya part kcis!kcis! AMEEN
5. ......................(biarlah rahsia)

Bye bye 2011...

Walaupun bulan Disember penuh keseronokan, coz we all bercuti di Sabah seminggu...tapi 2011 tak berakhir seperti yang diharapkan...sedih, anak sedara kemalangan di KLIA...on the way balik tu...
Harap Faseh cepat sembuh yer sayang...:(