Love is the little things you do

Saturday, July 9, 2011

Mini Vacation...

Sekarang me and family kat Penang...suke3, selain balik kampung Penang is the best place ever, yela, aku dulukan x-student USM...Sebab tak plan, kitaorg habis masa cr hotel jer, anak2 pulok penat travel jauh,mulala sorang2 buat perangai, hangin betul...actually kitaorg nk stay kt The Gurney, tp penuh, cr punya cr atlast kitaorg stay kat Vistana...bukn memilih, yg penting hotel tu mestia ada bath tub ngan swimming pool, barula senang nak control anak...asyik jalan jer bosan jugak, budak2 nie nak juga lepas hawa org tua ckp...

Thursday, June 30, 2011

Result..

ALYA (6 tahun)
Alhamdulillah, si kakak dapat nombor satu...tapi itu bukan ukuran, yang penting Alya dah tahu baca...tak sia-sia hantar pergi tadika nie. Tahun lepas saya hanya hantar anak saya Tadika Perpaduan, saya tak malu nak mengaku. Mesti orang cakap hantar tadika anak pun nak berkira, tapi saya tak kesah. Target saya umur 5 tahun, Alya mesti tahu, kenal dan boleh tulis huruf A-Z dan boleh mengira no 1-10. . Selain itu, Tadika Perpaduan juga jadikan Alya lebih yakin dan pandai bergaul dengan kawan2. Alatulis dan pensel warna pun dah tak hilang. Ingat lagi, saya pernah paksa Alya kira pensel warnanya cukup sampai 12 atau tidak, barulah saya tinggalkan sekolah. Saya nak dia lebih bertanggungjawab dengan barang2 dia. Dan misi itu BERJAYA ;)
Tahun ini target saya berbeza, Alya sudah 6 tahun, dia mesti tahu baca,saya taknak dia terlalu ketinggalan bila masuk darjah satu nanti. Cuma guru yang mengajarnya kurang menekankan bahasa Inggeris, so saya hantar tuisyen untuk subjek itu...Doakan percaturan saya berjaya...

Report Card...

Jumaat lepas, saya pergi ambik report card anak saya...Ini first time tau, walaupun sekolah tadika saya tetap hadirkan diri...saya tahu mulai hari ini dan tahun berikutnyer inilah aktiviti tahunan saya...tak kira anak saya bagus atau tak, saya tetap kena hadapi kenyataan...saya pelik, kenapa ada juga ibu bapa yang tak pernah hadir untuk mengambil report card anak, adakah kerana mereka sudah tahu prestasi anak mereka dari rumah, ataupun mereka memang tak peduli...saya taknak jadi ibu yang tak peduli...saya nak anak saya tahu, setiap tahun ibu mereka MESTI datang sekolah untuk ambil report card...saya juga nak mereka tahu yang ibu akan sentiasa berada disisi...tak kira masa sukar, ataupun masa senang...

Mulai hari ini...

Mulai hari ini saya akan merajinkan diri update blog saya...
Kalau tak percaya wait n see...sebenarnya ada banyak benda saya nak tulis, tapi semua idea hilang...lebih2 lagi saya tengah struggle membesarkan anak2...Walaupun saya bukan ibu yang rajin,pakaian, bekalan anak2 tetap saya uruskan...saya paling susah hati kalau anak saya sakit...saya takde mood nak buat ape2...Tapi sekarang saya tekad, walau macamana pun saya akan terus menaip, mungkin masa akan datang anak2 saya akan datang jengok blog saya...siapa tahukan, ini saja kenangan yang kami ada...

Wednesday, March 2, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah...

   Semalam lepas hantar Caliph rumah pengasuh, aku drive macam biasa kesekolah. Tiba2 dapat satu phone call dari cikgu Tadika Alya ngan Adam.
Teacher: Puan, ini saya cikgu Adam, saya call nie sebab nak bagitau anak puan bergaduh dalam kelas. Ada parent mengadu kat sekolah anak puan cakar muka anak dia. Dan hari ini budak tu pulak yang balas cakar muka anak puan. Saya tak tahula, anak puan sangat agresif.
Me: Adam macamana, ok tak dia, banyak sangat ke calar, ada darah tak.(me panic)
Teacher:Puan boleh datang sendiri kesekolah tengok keadaan anak puan, so far saya dah sapu krim kat muka Adam.
Tanpa buang masa aku terus belok ke Tadika Adam. Sampai2 jer cikgu panggil Adam. Aku tengok banyak sangat kesan cakar kat muka dia macam kena serang dengan kucing.
Me: Cikgu nie apa kes calar balar muka anak saya.
Before aku cakap banyak cikgu tu cakap
Teacher: Puan saya tak tau dah nak control anak puan, dia selalu bergaduh dalam kelas. hari nie ada parent datang komplen anak puan cakar muka anak dia. i tell u the truth, saya ada rotan cubit anak puan tapi tak beri kesan. children nowadays are so agresif. Saya ada jaga anak puan tapi things happen, saya baru jer berpaling terus diaorg gaduh.(mata cikgu yang bercerita pun macam nak berair)
Me: Cikgu, kalau setakat rotan2 cubit2 manja memang anak saya tak heran coz ayah dia rotan lagi sakit(bukan selalu), cikgu cubala pendekatan lain.tryla denda dia duduk kat satu sudut/bilik dalam 3 minit. kita tengok macamana nanti. Ha satu lagi, budak yang sama yang mak dia datang komplen yang cakar muka Adam kan. Siapa lagi besar, budak tu  ke anak saya.
Teacher: mestila budak tu puan, anak puan kecik jer. tapi dia boleh peluk leher budak tu sampai jatuh, duduk atas badan dia dan tumbuk.
Dalam hati, cikgu nie biar betul, xkanlah anak aku sampai macam tu. Dia baru 3 tahun 3 bulanla...
Me: Takpela, cikgu buatla apa yang patut, saya tak salahkan cikgu sepenuhnyer, tapi diaorang still budak2, kita kena pantau selalu.
Aku pun tinggalkan sekolah dengan berat hati, nak jer membebel byk skt tapi tgk muka cikgu tu pun kesian jugak...takpe, kalau kita memudahkan urusan orang Insya Allah Tuhan akan mudahkan urusan kita.

Saturday, February 26, 2011

Roti Canai Kampung Sitiawan...

   Pagi nie hubby ajak breakfast kat Kampung Sitiawan...suke3...lama sangat dah kitaorang tak pergi sana, since insiden samseng cina bergaduh.
  Aku still lagi ingat masa kitaorang tengah makan, tiba2 datang satu kereta ngan family. Tiba2 bila si bapaknyer nak masuk jer kedai makan tu dia nmpk segroup samseng lain tengah makan. Dia terus balik ke kereta, ambik spana yang besar, aku rasa macam perengkuh paip jer, terus meluru nak serang. Kecoh abis, aku+hubby+anak2+adik terkejut, kitaorg x tau nk buat apa...Sial betul, tmpt mcm nie pun x selamat ker...Ini Malaysia maa...kitaorg terus bgn, byr dan blah...dalam hati still dub dub dub...macamana kalau jadi insiden berdarah masa tu...tak guna punyer samseng!!!
   Tapi tu dulu, 3 thn lepas...hrp2 hari nie nasib kami baik...Lama dah tak rasa roti canai kuah ikan, rindu kt kg...hihihi...masa kitaorg sampai, org dah tak berapa ramai, yela dah dekat ngan pukul 10...Anak2 excited tgk sungai...tgk bot...tgk ikan...macam2 tanya, ada buaya tak...me n hubby dgn sbrnya jwbla ala2 kadar...
   Yang uniknyer kedai nie betul2 atas sungai...tadi aku sempat try nasik lemak ikan, rasa macam nasik lemak kt trg...not bad...tak sia2 drive jauh skt...perut dah kenyang...JOM TESCO!!!
 

Friday, February 25, 2011

Supplement...

   Anak-anak aku selalu tak sehat...Caliph selalu dpt simpton astma, Adam pulak sangat tak lalu makan, Alya masalah bersin pagi ....Demam tu biasala...Risau...
Solution :
Caliph aku start bagi scott emulsion warna putih, mak aku ckp bagus untuk budak lelah + homeopathy untuk budak lelah 2 biji 2 kali sekali + madulia  HPA kalau nampak dia batuk
Adam aku bagi Vitamin Appeton+Lysine sebiji 2 kali sehari + Scott emulsion oren
Alya pulak aku bagi Vitamin Appeton sama ngan Adam + Homeopathy untuk resdung
Entahlah...wait n see the progress...InsyaAllah...