Love is the little things you do

Monday, December 31, 2012

Strawberry Cafe

Semalam rasa nak try cafe baru
Ramai yang rekomen sedap
Cafe nie terletak bertentangan econsave
Ade yang cakap chef dia x navy
Apepun kita layanz
Biasala bila starter sampai sesi rebut merebut pun terjadi

Dan selalunya berakhir macam nie caliph 1 adam 0
Overal boleh bagi 3 star, ade beberapa dishes macam pernah kurasa,
Chicken soup macam rasa campbell
Sos blackpepper macam familiar jer
Burger ayam goreng x habis 
Mozarella white sauce spaghetti walaupun biasa tp tahap sedap jugakla
Xdela special sangat,tapi yang paling best nasi goreng sambal hubby
Best,terasa kesambalannya...
Cuma cuppucino dengan ais bukan satu gandingan yang baik
Rasa loya jer, xtaula kan lain lidah lain pendapat  
Just my 2 cents ;)

Sebuah JANJI...

MODE JIWANG ;P
13 tahun yang lepas menjelang malam tahun baru 2000 telah ditakdir sepasang remaja duduk bersebelahan di dalam sebuah bas USM
Bas ini telah dicarter oleh persatuan anak2 Terengganu untuk balik beraya
Detik 12 malam selepas mengucapkan Selamat Tahun Baru Entah macamana isu couple terkeluar
Pemuda itu: Apa azam tahun baru awak?
Si Gadis: Saya nak cari pakwe baru
Pemuda itu: Dah ada ker?
Si Gadis: Takde...Senang2 awakla jadi pakwe saya?
Pemuda itu: Boleh...(gadis itu tergamam sebentar,otak ligat berfikir)
Si Gadis: Tapi janji awak takkan mainkan perasaan saya.
Pemuda itu: Ok janji tapi dengan satu syarat...
Si Gadis: Apa syaratnya?
Pemuda itu: Syaratnya awak mesti dengar cakap saya sampai bila2...
Si Gadis: Ok DEAL (walaupun perasaan dalam hati berkecamuk)
Sebenarnya ini kisah aku, dan pemuda itu adalah Hubby
Kami mula kenal di KMK,aku tau orang panggil dia POKNIK
Orangnya tinggi lampai, pendiam dan suka tersenyum
Pendek kata dia kelihatan sempurna di mata aku
Sudah suratan kami sama sambung belajar di kampus induk USM
Aku selalu terserempak dengan dia sewaktu balik dari surau sembahyang terawih
(Aku bukan baik sangat, tapi bulan puasa tu tergerak nak pergi terawih di surau Cahaya ;) )
Dia adalah di antara orang yang terakhir keluar surau dan aku pulak macam biasa orang yang terawal ;P
Mungkin juga kerana sebuah janji
Yang pastinya jodoh itu rahsia Tuhan
Semoga aku ngan Poknik kekal hingga ke Jannah, ameen...

Sunday, December 30, 2012

Hometown MAK

Sampai jer kat imegresen Sabah pegawai itu tanya
"Kamu Sabahan?" aku terpinga2 hubby dengan pantas jawab "Ya!"
Isk macaman aku boleh blur, aku memang Sabahan
Cuma gelaran tu tak berapa familiar kat telinga
Kampung mak adalah di Penampang Sabah, aku lahir di Sandakan
Apa yang paling best rumah nenek terletak di lereng bukit
Kami tidur di bawah bukit rumah uncle
Kami terpaksa mendaki setiap hari untuk jumpa nenek ataupun ke bandar
Tanah keluarga dikelilingi sungai yang sederhana lebar
Dahulu airnya sangat jernih dan berbatu2
Tapi sekarang kami terpaksa berjalan ke hulu sikit untuk kawasan mandi2
Nie adalah suasana sungai yang paling hampir dengan rumah nenek
Tempat ini dinamakan Kibambangan




Saturday, December 29, 2012

Faktor asthma caliph

Caliph dilahirkan sihat,dalam tempoh setahun dia memang tiada asthma
Suatu hari,sewaktu balik Sabah lebih kurang 2 tahun yang lalu
Aku bawak dia mandi laut di Tanjung Aru
Walaupun digigi air saja pada waktu itu cuaca memang tak berapa baik
Angin bertiup sangat kencang dan petanda hari nak hujan
Hujan turun rintik2 tapi takla lebat
Kami seronok mandi,tapi caliph mula nampak sejuk
Saya bungkus dia dengan tuala, angin masih lagi kuat
Sampai satu tahap hujan turun kami pun balik,caliph menggigil
Malam itu dia tak dapat tidur dan asyik muntah2
Dia juga mengalami batuk dan selsema
Penyakit itu berpanjangan dan membawa ke paru2
Disitula bermulanya episod asthma
Kadang2 rasa menyesal,kenapa saya lalai sangat
Orang tua selalu pesan jangan sampai anak masuk angjn
Bukan angin dalam perut saja malahan paru2
Bila paru2 dah kena sejuk angin jahat buat dia kecut kerana kurang matang
(istilah kampung sebab aku bukan doktor)
So mummy and daddy kat luar sana jangan ignore bila dengar pantang orang tua
Ade setengah2 hal kena ikut sebab kesannya sangat tragik
Alhamdulillah caliph sudah sembuh
setelah banyak supplement saya cuba
terutamanya untuk merawat kembali paru2 dia
Thanks Allah ;)

Kunci misteri

Kebelakangan ini aku selalu pelupa dan hilang fokus
Mungkin banyak sangat kot urat putus malumlah anak tiga
Ataupun sebab anak terlampau banyak kerenah,manja dan cakap banyak
Jadi aku lali, hehehe x patut betul semua salahkan anak
Deep in my heart diaorgla penyeri
Tangisan mereka bagaikan muzik dihatiku cewah!
Tapi kali nie bukan nak cite pasal budk2 tu
Tapi pasal kunci misteri
Suatu hari masa cuti sekolah baru bermula
Aku baru jer hadiri kursus under lembaga kat pantai remis
Lebih kurang 45km dari rumah
Balik dari sana mcmn ntah hubby terjumpa kunci dlm handbag aku
"Sayang,nie kunci sape nie? Mak ai menyirap darah ku
Sapela tuan punyer kete malang yang aku silap ambil kunci nie
Terbayang2 muka member2 kursus satu2 tengah cari kunci hilang
Mcmn diaorang balik yer dahla aku jenis cabut paling awal
Isk mcmn nie,mesti owner tgh dok nyumpah kt aku
Bukan sng family nk pegi jemput kt tempat kursus otak ligat pikir
Macamanala kunci dlm handbag
Tidur mlm pun x nyenyak hish kunci2

Friday, December 28, 2012

Stok coklat

Sebelumpegi sabah sempat bercuti dengan family hubby
Boleh tahan jugak langkawi dah lama tak pergi
First night stay kat hotel one helang padang matsirat
Malam kedua pulak tidur kat langkapuri inn betul2 tepi pantai cenang
Tapi dashyat betul nak naik kete kabel
Dekat 3 jam tu kena tunggu
Bukan dapat naik terus
Siap beratur lagi mcm ular kena palu
Anyway syok sgt dpt beli stok coklat

Thursday, December 27, 2012

Poring hot spring

Dari kundasang kami teruskan perjalanan ke ranau
tempat nostalgia mak ngan ayah
sepanjang jalan diaorang storyla kisah dulu
walaupun ade cerita yang kami pernah dengar tapi still enjoy
kat sinila mak ngan ayah jumpe pastu kawen
dapat anak macam kami kuang3
kebetulan ayah dapat contact exstudent masa pengakap dulu
so lepas tidur semalam kami drop diaorg di kopitiam mama ranau
terus ke hot spring untuk berjimba
poring hotspring adela tempat untuk mandi manda
kelebihan ada kolam air panas pelbagai saiz
setakat nie di Malaysia kolam air panasnya adalah terbaik
cuma  bila terlampau di komersial keadaan jadi sesak
terutamanya cuti sekolah
sampaikan kena tunggu giliran unyuk berendam
tapi untuk siapa yang tak kesah dengan air panas ada banyak kolam renang disediakan
paling dalam 8 kaki
best lama dah tak jumpe kolam dalam macamnie Tapi sekarang baru sedar i'm not agood swimmer anymore uhuk