Love is the little things you do

Sunday, February 17, 2013

sebelum dan selepas...

teringat kat satu cerita
sebelum kahwin kalau awek tersepak batu, batu dimarahnyer
tapi selepas kahwin kalau isteri tersepak batu, "awak nie takde mate ker?"
bunyi lawak tapi pada siapa yang kena mesti menitik juga airmata
semalam dok jalan2 kedai perabot terserempak ngan satu couple nie husband and wife
oleh kerana pintu kedai perabot itu kaca,automatik pulak tu terjadila suatu xcident
kami bertembung di pintu kuar masuk
pasangan yg bwk sorg anak kecik cuba untuk masuk
secara tidak sengaja pintu kaca itu tertutup
tangan si isteri terkepit, kuat jugak aku rasa sebab terdengar suara mengaduh kecil
si suami pulak yang dah berjaya masuk berpaling dengan muka marah
nampak sangat macam dia nak kata "apehalla awak nie bodoh sangat?"
adegan seterusnya malas dah nak tengok,sebab...
isk berat mata memandang berat lagi yang memikul

No comments:

Post a Comment